Kesedaran Patriotik Dalam Kalangan Belia Bandar Di Semenanjung Malaysia

Authors

  • Sarjit S. Gill Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia
  • Mohd Rahimi Ramli Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia
  • Ahmad Tarmizi Talib Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Keywords:

Nilai Patriotisme, Belia, Ketahanan Nasional

Abstract

Abstrak : Dewasa ini wujud pelbagai bentuk tindakan dan provokasi yang bertentangan dengan budaya dan nilai patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia terutama golongan belia. Makalah ini memberi tumpuan mengenai kesedaran belia bandar terhadap nilai patriotisme. Masalah kurangnya kesedaran terhadap nilai patriotisme sudah tentu akan menggugat dan menghalang pemupukan nilai tersebut sebagai unsur pembentukan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu. Seramai 500 orang belia yang menetap di kawasan bandar di Semenanjung Malaysia terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian ini diperoleh melalui soal selidik yang dianalisis secara deskiptif. Keseluruhan pengukuran patriotisme ini berasaskan lima nilai patriotisme, iaitu nilai kesetiaan, kebanggaan, kekitaan, berdisiplin, serta berusaha dan produktif yang mendokong perasaan cintakan negara. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kesedaran belia terhadap nilai patriotisme adalah tinggi. Ketahanan nasional melalui kesedaran belia terhadap nilai patriotik mampu menjadi faktor perantara terhadap ikatan perpaduan masyarakat multi-etnik di Malaysia.

Kata kunci : Nilai Patriotisme, Belia, Ketahanan Nasional

Abstract : Lately there exist some various forms of action and provocation that contradicts with the culture and patriotism values among Malaysian especially youths. This article focuses on the awareness on patriotism values among the urban youth. The problem occurred such as lack of awareness onpatriotism values of course would threaten and prevent the value inculcation as the main formation element of Malaysian ethnic that is united. A total of 500 youths that reside in the urban areas in Peninsular Malaysia were involved in this study. This survey results achieved through questionnaire with descriptive analyses. Overall this patriotism measurement were based on the five patriotism values, namely loyalty value, pride, belonging, disciplined and strive and productive which support and feeling of love for the country. This survey results show that the awareness on patriotism value is high among the youths. The national resilience through awareness among youth on patriotic values could become an intermediary factor in bonding of unity in multi-ethnic community in Malaysia.

Key words : Patriotism Value, Youth, National Resilience

References

Abdullah, Shagul Hamid. (2009). Patriotisme Kemandirian Kita. Dlm Abdul Rahman Abdul Aziz (Ed.), Patriotisme Kemandirian Kita (Pertama., hlm. 47–60). Kedah: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad Universiti Utara Malaysia.

Ahmad, Zaid. (2010). Pengenalan Hubungan Etnik di Malaysia Secara Umum. Dlm N. M. Zaid Ahmad, Ruslan Zainuddin, Sarjit Singh Gill, Ahmad Tarmizi Talib, Ho Hui Ling, Lee Yok Fee, Najeemah Mohd Yusof (Ed.), Hubungan Etnik di Malaysia (Kedua.). Shah Alam: Oxford Fajar.

Aziz, Abd Rahman Abd. (2009). Ruang Bicara Semangat Patriotisme. Dlm Abdul Rahman Abdul Aziz (Ed.), Patriotisme Kemandirian Kita (Pertama., hlm. 1–21). Kedah: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad Universiti Utara Malaysia.

------------------. (2014). Patriotisme Negara untuk Keselamatan Negara. Dlm M. N. A. Abd Rahman

Abd Aziz, Ahmad Zaharuddin (Ed.), Isu-isu Ketahanan Nasional Malaysia (Pertama., hlm. 31–36). Kuala Lumpur: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad Universiti Utara Malaysia.

Embi, Muhamad Ali. (2009). Patriotisme dan Kepercayaan Rakyat di Malaysia (Pertama). Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Hand, M. (2011). Patriotism in Schools. Philosophy of Education Society of Great Britain (IMPACT), 2011(19), 1–40. doi:10.1111/j.2048-416X.2011.00001.x

Hasni, W., Raja, Y. M., & Kadir, R. (2013). Amalan Patriotisme Melalui Unsur-Unsur Sejarah Tanahair Dalam Pendidikan Pra-Sekolah. Dlm International Conference On Early Childhood Education, Ipg Kampus Sultan Mizan.

Kardi, Nordin. (2009). Ke Arah Penubuhan Majlis Patriotisme Negara. Dlm Abdul Rahman Abdul Aziz (Ed.), Patriotisme Kemandirian Kita (Pertama., hlm. 67–86). Kedah: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad Universiti Utara Malaysia.

Ku Samsu, Ku Hasnita. (2007). Patriotisme di Kalangan Generasi Muda Malaysia: Kajian Kes Ke Atas Mahasiswa Bukan Melayu di Institusi Pengajian Tinggi. Universiti Malaysa.

Muslim, Nazri, J. A. (2004). Patriotisme: Konsep dan pelaksanaannya di Malaysia. Dlm Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004). Langkawi. Primoratz, I. (2002). Patriotism : A Deflationary View, XXXIII(4), 443–458.

Razak, Mohd Hairul Anuar. (2011). Pengetahuan, Persepsi dan Pemahaman Terhadap Penghayatan Patriotisme dan Nasionalisme Dalam Kalangan Pelatih Program Latihan Khidmat Negara di Malaysia. Universiti Putra Malaysia.

Razak, Mohd Hairul Anuar, et.al. (2013). Penghayatan dan Kesedaran Patriotisme Dalam Kalangan Pelatih Program Latihan Khidmat Negara. Malaysian Journal of Youth Studies, 8, 2–24.

Saat, Ishak. (2009). Malaysia 1945-2000. Siri Pengajian Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Snd Bhd.

--------------. (2010). Caturan Politik Pelbagai Kaum di Tanah Melayu 1946-1957. Jebat, 37, 68–85.

Schatz, R. T. & Staub, E. (1997). Manifestations of Blind and Constructive Patriotism: Personality Correlates and Individual-Group Relations. Dlm Daniel Bar-Tal & Staub E. (Ed.), Patriotism: In the Lives of Individuals and Nations. Chicago: Nelson-Hall.

Schatz, R. T., Staub, E., & Lavine, H. (1999). On the Varieties of National Attachment : Blind Versus Constructive Patriotism, 20(1), 151–174.

Suhaibo, Haminah Hj. (2007). Pemupukan Patriotisme dalam Pendidikan Sejarah Tingkatan Satu. Universiti Malaya.

Downloads

Published

2015-07-08

Issue

Section

Articles